Bidang jawatan pensyarah, ada beberapa pecahan jawatan dan skop tugasan.
Bidang kerja seorang pegawai penyelidik tidak sama dengan seorang pensyarah. Bidang kerja sebagai pensyarah juga tidak sama dengan seorang guru/pendidik/tenaga pengajar.
Sekiranya jawatan yang ditawarkan ialah pensyarah di "Research Universiti," pasti tidak sama dengan pensyarah di "Teaching Universiti" biar pun nama jawatannya sama tapi skop tugasan ada perbezaan.
Pensyarah di "Research University" memerlukan seorang yang berkebolehan melakukan penyelidikan dan menghasilkan journal-journal berindex/berImpactfactor.Selain berkebolehan untuk mengajar dan mendidik yang baik.
Di "Teaching University", pensyarah akan diberikan tugasan lebih kepada proses pembelajaran dan pengajaran subjek. Kelebihannya, jika persyarah yang mampu melakukan penyelidikan serentak, maka pensyarah tersebut akan lebih menonjol dan membuka peluang kerjaya yang lebih tinggi berbanding yang lain.
Oleh itu sebelum anda membuat permohonan, pastikan skop kerja, tanggungjawab dan kriteria yang diperlukan dapat diteliti bagi mengelakkan anda menerima risiko kerja yang tidak sepatutnya diterima.
Tidak faham keperluan jawatan juga boleh mengakibatkan resume anda menjadi terlalu penuh dengan maklumat kerana anda ingin muatkan segala maklumat yang anda rasakan penting walhal tidak bagi panel penilai.
Resume begini bakal direject oleh mereka.
Semoga berjaya dan resume tidak direject...
