Isnin, 27 April 2015

Punca Gagal temuduga kerajaan

Sedikit Tips Temuduga yang diabaikan;


  • Jaga mata anda. Sentiasa pandang kepada penemuduga yang bertanya. Hati-hati jangan sampai nampak seperti anda merenung mereka!
  • Jaga senyuman anda. Sentiasa senyum. Senyum menarik rezeki
  • Jaga tutur kata anda. Susun ayat yang positif
  • Jaga beg anda! - JANGAN sekali kali letak beg di atas meja
  • Duduk hanya selepas dipelawa


Lima perkara ini adalah termasuk  dalam penilaian 'manners' dalam temuduga Kerja Kerajaan

Banyak lagi skop temuduga kerja kerajaan yang tiada pada temuduga biasa yang anda perlu tahu.

Untuk rujukan penuh, terus ke;








Tip mengawal emosi semasa temuduga

Sekiranya anda dipandang rendah atau dihina, logiknya anda akan berasa marah dan naik angin. Sudah pasti! Ketika berada di bilik temuduga, anda akan ditanyakan soalan-soalan yang membuatkan anda panas hati kerana ia bakal mencabar kewibawaan anda. Ia adalah salah satu strategi panel penemuduga untuk menguji emosi anda. Adakah anda seorang yang penyabar, cepat marah, kurang sabar dan sebagainya.


Anda yang perlu anda lakukan ialah :
  • Sedari bahawa panel penemuduga sedang menguji anda.
  • Jawab setiap pertanyaan dengan jelas dan lantang, tidak terlalu laju atau terlalu perlahan.
  • Ketepikan sikap ego anda, rendah diri semasa ditemuduga.
  • Tenangkan diri sebelum menjawab soalan.
  • Senyumlah walau pun ianya sekadar sebuah lakonan, ikhlaskan senyuman anda.
  • Buktikan kepada panel penemuduga bahawa anda benar-benar minat dengan jawatan yang dipohon.

Anda dinasihat supaya menjawab soalan dengan tenang, ambil masa untuk berfikir sebentar dan mulai menjawab dengan perlahan-lahan. Menjawab dalam keadaan yang terburu-buru hanya akan menyebabkan anda hilang fokus dan emosi tidak dapat dikawal. Boleh jadi anda akan bertengkar dengan penemuduga nanti.





Jumaat, 24 April 2015

Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga

Untuk bergelar penjawat awam, anda perlu melalui tapisan temuduga terlebih dahulu menerusi SPA atau Kerajaan Negeri mahu pun Kementerian atau Agensi yang terbabit. Apabila anda telah mengisi borang permohonan jawatan SPA, nama anda akan ditapis dan dipanggil ke sesi peperiksaan dan seterusnya ke sesi temuduga. Untuk menghadiri sesi temuduga, anda perlu tahu beberapa perkara asas dahulu. Teruskan bacaan anda untuk mendapatkan tips-tips tersebut.



Berikut ialah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga. Panel penemuduga bakal tersinggung dengan sikap anda sekiranya anda berbuat demikian.
  • Bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan.
  • Tidak menumpukan perhatian atau fokus kepada salah seorang penemuduga apabila diajukan soalan dari salah seorang panel.
  • Mengelak daripada menjawab soalan atau mengalihkan perhatian panel penemuduga dengan bercakap tentang perkara lain.
  • Memandang rendah pada pengetahuan panel penemuduga sehingga merasakan diri anda bijak dari mereka dengan berpandukan cara anda menjawab.
  • Menggunakan nama-nama orang berpangkat tinggi atau besar dalam sesi temuduga, seolah-olah anda ada orang dalam, supaya panel penemuduga berasa kagum dengan anda.
  • Mencabar panel penemuduga dengan memberikan soalan yang rumit dan teknikal kepada mereka. Sepatutnya mereka yang menyoal anda.

Perkara-perkara di atas boleh membuatkan panel penemuduga berasa tidak senang hati dan membosankan. Ini bakal memberi kesan kepada anda. Peluang bakal tertutup kerana sikap anda. Adakalanya anda tidak sedar apa yang anda lakukan tersebut menambahkan lagi rasa meluat orang lain terhadap anda biar pun anda merasakan tindakan tersebut bagus.



Maklumat yang perlu ada dalam cover letter anda

MAKLUMAT YANG PERLU ADA DALAM COVER LETTER


1. Address Penerima
2. Tarikh
3. TAJUK COVER LETTER 
  • Masukkan jawatan-Berdasarkan tawaran/umum (Jika Perlu) 
  • Penulisan perlu jelas dan tepat ke sasaran (direct)
  • BOLDkan atau GARISKAN
  • SEMUA HURUF BESAR

4. Kedudukan sekarang kita (Aktiviti yang dilakukan sekarang/Position kerja )
5. Satu perenggan, satu Objektif 
  • Masukkan pengalaman mengajar
  • Pengalaman research
  • Pengalaman kerja
  • Skill (Jika Perlu)
Tidak semestinya semua maklumat dimasukkan jika terlampau banyak... Hanya pilih yang terbaik dan element yang paling kuat untuk dihighligt/di appoint sebagai penyarah/pendidik

6. Cuba jadikan hanya satu page sahaja. Tapi jika terlebih jugak... halalkan sahaja...
7. Lain-lain tambahan yang kemungkinan sesuai.


p/s: Apapun tip diatas hanya sebagai panduan... jika anda rasakan tidak sesuai... boleh sesuaikan mengikut keperluan anda.


# Jangan lupa untuk JUSTIFY setiap perenggan ...





Khamis, 23 April 2015

Tingkah laku semasa temuduga

  • Usah gentar semasa masuk ke bilik temuduga. Buat seperti biasa dan beri ucap salam pagi atau tengahari atau petang. Ini penting bagi menghilangkan rasa gemuruh dan mewujudkan suasana mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak bergerak terlebih dahulu.
  • Duduk hanya apabila disuruh. Selepas anda diarahkan untuk berbuat demikian, ucapkan terima kasih dan duduk dengan postur yang baik dan badan yang tegak.
  • Elakkan daripada meletak barang-barang atau tangan atau siku anda pada meja penemuduga.
  • Biarkan kedudukan kerusi yang disediakan, usah alihkannya.
  • Pastikan kaki anda berada dalam keadaan statik. Jangan goyangkannya atau menggerakkannya ke sana sini.
  • Tunggu penemuduga memulakan sesi temuduga, jangan anda yang memulakan.
  • Bertenang dan jawab soalan-soalan yang diajukan tanpa gopoh-gapah. Jawab dengan jelas dan mudah didengar. Gunakan bahasa yang sopan ketika menjawab.
  • Bercakap sambil memandang ke wajah penemuduga. Jika lebih dari seorang, arahkan jawapan-jawapan anda kepada ketua panel.
  • Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel penemuduga sebagai tanda hormat.
  • Ketika mereka bercakap, jangan sesekali menyampuk dan bertengkar dengan mereka.
  • Jangan mengunyah apa-apa semasa sesi temuduga sedang berjalan.




Tugas dan tanggung jawab kerjaya jururawat

Secara amnya, tugas dan tanggung jawab dalam kerjaya jururawat dibahagikan kepada 3 yang utama iaitu, primer, sekunder dan tertier. Bidang kejururawatan memerlukan sekumpulan pasukan profesional yang responsif dan dinamik terhadap dasar kesihatan negara. Hal ini dipandang serius kerana bidang ini memainkan peranan utama dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia.


Menerusi budaya kasih sayang yang dipraktikkan, setiap jururawat yang bertugas dapat menyumbangkan kemahiran kejururawatan, kerja berkumpulan yang efisien, berkesan dan profesional, selari dengan perkembangan teknologi yang terkini.

Perkhidmatan primer jururawat
Perkhidmatan ini meliputi rawatan dan kecemasan di lokasi seperti fasiliti kesihatan yang mengutamakan perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan ibu mengandung, penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin, perbidanan di rumah, kesihatan bayi dan kanak-kanak 6 tahun ke bawah meliputi imunisasi, perkhidmatan kesihatan di sekolah, pemakanan ibu dan kanak-kanak termasuklah perancang keluarga.

Fokus dalam wawasan kesihatan telah menumpukan kepada penyakit dan kesihatan sekaligus menyedarkan masyarakat untuk membudayakan hidup dengan sihat. Fokus ini meliputi kesihatan dewasa, kesihatan remaja, kesihatan warga tua, kesihatan mental dan kesihatan pekerjaan.

Selain itu, fokus turut diberikan kepada perawatan di rumah ibu lepas bersalin, penjagaan kesihatan di kediaman, pemakanan, kesihatan wanita dan reproduktif, kesihatan orang kelainan upaya (kanak-kanak keperluan khas), kebidanan di pusat bersalin alternatif, fungsi baru kesihatan ibu dan anak serta Wellness Clinic untuk lelaki dan perempuan.

Perkhidmatan perubatan sekunder dan tertier 



Kedua-dua perkhidmatan ini boleh dikategorikan kepada :
  • Perkhidmatan pengkhususan. Ia merangkumi bidang-bidang kecemasan, rawatan rapi, anestesialogi, traumalogi dan hemodialisis.
  • Perkhidmatan kepakaran dan sub kepakaran. "Evidence Based Delivery" digunakan untuk menghasilkan jururawat yang kritis dalam jagaan perawatan. Hasil daripada perkembangan bidang perubatan, beberapa kepakaran jururawat diwujudkan bagi memenuhi keperluan perubatan sekunder dan tertier ini. Ini termasuklah Oncology Nursing, Abulatory and Stroke Management in Nursing, Emergency/Trauma Nursing dan Cardiothotacic/Cardiology Nursing.





Selasa, 21 April 2015

Latihan dalam perkhidmatan jururawat

KKM menawarkan latihan kepada kakitangannya untuk menambahbaik kualiti kerjaya masing-masing. Berikut ialah latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan :

  • Anaesthesia
  • Forensik
  • Gastrointestinal endoscopy
  • Kawalan infeksi
  • Kebidanan
  • Kecemasan
  • Kejururawatan kes awam
  • Pengurusan diabetes
  • Penjagaan kesihatan primer
  • Perawatan gerontologi
  • Perawatan koronari
  • Perawatan neonat
  • Perawatan neurosains
  • Perawatan oftalmik
  • Perawatan onkologi
  • Perawatan otorinolaringologi
  • Perawatan pediatrik
  • Perawatan perianestesia
  • Perawatan perioperatif
  • Perawatan psikiatri
  • Perawatan rapi
  • Perawatan rehabilitasi
  • Perubatan sukan


Ada di kalangan jururawat yang memiliki kelulusan tahap diploma dan bercadang untuk menyambung pelajaran ke tahap ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mereka yang berminat diberikan cuti belajar dengan bayaran separuh gaji. Hanya 2 kali sahaja peluang ini diberikan semasa berkhidmat. Pengajian boleh dijalankan secara separuh masa atau pengajian jarak jauh.






Sabtu, 18 April 2015

Tip Cover Letter Ringkas & Padat

Cover letter ni macam kulit bukulah lebih kurang... Ada tajuk buku dan sinopsis buku...



PENTING

Persediaan cover letter juga penting untuk menambah nilai potensi kejayaan menjadi pensyarah/pendidik... ramai orang terlepas pandang kepentingannya ...


Pernah tak, kita beli buku sebab baca sinopsis buku yang jerr....


Begitu juga ketika penghantaran permohonan... Jika permohonan kita ditambah dengan cover letter...


Kemungkinan, cukup menyebabkan kita terpilih...Atau sekurang-kurangnya dilistkan dalam calon yang layak...


Dah buat COVER LETTER ?


Kalau belum bolehlah buat... mudah jer sebenarnya...


Daripada resume kita yang banyak page, jadikan hanya 1 page... Masukkan maklumat penting sahaja...







Rabu, 15 April 2015

Iklan Jawatan Kosong Pensyarah

Sedikit perkongsian berkaitan iklan jawatan kosong di UTM Space...



Saya harap anda dah siapkan resume masing-masing...


Jadi, senanglah nak submit bila ada iklan jawatan kosong pensyarah di mana-mana universiti ....


Jom cuba hantar resume ...


MAKLUMAT LANJUT JAWATAN KOSONG DI UTM SPACE







Bye...



Isnin, 13 April 2015

Jadi apa yang perlu dibuat lagi selepas siap resume?

Bila dah ada resume yang baik dalam bentuk .pdf maka lebih mudah, untuk kita hantar permohonan secara online mahupun offline..


Mudah juga untuk print...

Harap anda berjaya membuat resume yang dengan sebaiknya dan berjaya mendapat panggilan temuduga...

"All the Best & Best of Luck"- daripada Team KerjayaPensyarah

Jika saya mempunyai tip berkaitan resume, inshaAllah saya akan kongsikan dengan anda...

Sebelum itu, juga adalah lebih baik juga untuk kita sediakan cover letter sebelum permohonan jawatan pensyarah dan pendidik ini. 

Sebab COVER LETTER adalah rumusan ringkas resume kita...



Sabtu, 11 April 2015

Membina Panel Penilai Sendiri

Apabila kita sudah siap menulis resume sendiri... apa yang perlu kita buat adalah mencari rakan-rakan yang boleh membantu untuk membetulkan resume kita.


Terutama berkaitan:
  1. EJAAN
  2. ENGLISH
  3. PENILAIAN Secara Keseluruhan
Jadi mintak kawan-kawan baca(review), kritik dan betulkan...diorang bertindak sebagai Panel Penilai Bebas...


Kalau malu... tak dapatlah nak hasilkan resume yang terbaik...

Jangan malu... RUGI...




Khamis, 9 April 2015

SPA Panggil Separa Perubatan? Anda Sudah bersedia?

SPA dah mula panggil calon temuduga Separa Perubatan



Jika anda menerima surat panggilan, jangan abaikan.







Tips menghadapi temuduga separa perubatan

Bagi anda yang baru pertama kali dipanggil ke sesi temuduga terutamanya temuduga untuk kemasukan latihan Separa Perubatan, pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah perjalanan temuduga tersebut. Sebagai langkah persediaan, saya akan kongsikan tips menghadapi temuduga Separa Perubatan untuk anda. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman sebenar calon-calon yang pernah hadir temuduga Separa Perubatan baru-baru ini.



Perlu anda ingat bahasa tips menghadapi temuduga Separa Perubatan ini hanya boleh dijadikan panduan asas sahaja. Maklumat sebenar bergantung kepada panel yang bakal menyoal anda. Oleh itu jadikan maklumat ini sebagai asas persediaan temuduga Separa Perubatan yang bakal anda hadapi.



  1. Masuk ke dalam bilik temuduga dengan meminta izin dari panel penemuduga. Usah masuk tanpa meminta izin atau mengetuk pintu dahulu. Ini adalah cerminan disiplin anda yang perlukan izin dari mereka yang mempunyai jawatan yang lebih tinggi dari anda.
  2. Selepas diizinkan masuk, hulurkan resume dan dokumen yang berkaitan dengan kedua belah tangan. Usah beri sebelah tangan kerana anda kelihatan seperti tidak bersungguh-sungguh untuk ditemuduga.
  3. Jalan mengundur ke arah kerusi dan minta izin sebelum duduk. Usah duduk sebelum diizinkan. Duduk dalam keadaan menegak sambil menghadap panel. Jangan silang kaki kerana akan kelihatan seperti tidak sopan.
  4. Perkenalkan diri dan latar belakang akademik. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Cakap dengan lantang dan bertenaga.
  5. Mengapa anda pilih bidang Separa Perubatan? Jawapan yang diperlukan ialah bergantung pada bidang latihan yang anda pilih.
  6. Anda akan disoal mengenai beberapa istilah yang berkaitan dengan Separa Perubatan contohnya body mechanism. Pilih satu tajuk yang mudah dihuraikan seperti blood clotting atau digestive system. Maklumat ini anda boleh cari di internet.
  7. Anda akan diberikan beraneka jenis soalan termasuk soalan yang melibatkan situasi sebagai penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya, anda mempunyai masalahdi rumah, dengan keluarga, suami atau anak-anak kemudian di tempat kerja berhadapan pula dengan pelbagai ragam pesakit, bagaimana anda menjalankan tugas bila menghadapi situasi berkenaan?
  8. Soalan-soalan yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti nama Menteri Kesihatan dan nama-nama individu yang berada dalam organisasi tersebut.
  9. Semasa menjawab soalan, elakkan daripada memberikan respon seperti tidak tahu, kurang pasti atau rasa-rasanya. Berikan jawapan sebaik yang boleh. Rujuk kepada fakta yang sahih.
  10. Percakapan anda mestilah selari dengan gerakan tangan. Usah bergerak secara berlebih-lebihan. Ingat bahawa tindak-tanduk anda sedang dinilai.

Kesimpulannya, hadir ke temuduga Separa Perubatan adalah satu kejayaan kerana anda telah berjaya melepasi tapisan di peringkat awal. Oleh itu anda perlu menghargai sesi temuduga tersebut dengan membuat persediaan awal. Untuk melengkapkan persediaan temuduga Separa Perubatan anda, supaya anda tidak terkapai-kapai semasa menjawab soalan temuduga nanti.






Rabu, 8 April 2015

Temuduga hari ini sehingga 17 April - SPA Separa Perubatan

Jadual temuduga telah dikeluarkan untuk bulan ini oleh pihak SPA


Jika anda dipanggil ke sesi temuduga khususnya untuk jawatan Separa Perubatan, ianya akan  berlangsung minggu ini sehingga 17 April untuk calon semenanjung

Dan calon Sabah Serawak ianya sehingga 30 April.

Semak surat jika anda dipanggil.


Buat persediaan ya :)


Tips temuduga Separa Perubatan

Temuduga Separa Perubatan sudah bermula sejak minggu lepas. 


Panduan Temuduga Separa Perubatan



Pakej ini meliputi :
  • Tujuan soalan temuduga yang ditanya
  • Tip menjawab soalan temuduga
  • Contoh soalan & jawapan temuduga Separa Perubatan
  • Huraian tugas 10 bidang Separa Perubatan


Jika anda terlibat, tempah rujukan ini :



Ahad, 5 April 2015

Bahagian Pengalaman-Element apa yang perlu dititik beratkan...

Element yang perlu dititik beratkan apabila memasukkan maklumat di bahagian pengalaman..


Apa yang penting yang perlu dihighlight kan adalah pencapaianTERTINGGI...

Contohnya:
1. Research Attachment Luar Negara-Cerita secara ringkas pengalaman
2. Johan Badminton
3. Manager Pasukan-Peringkat Final

Juga, penting untuk highlight job-scope dan skill yang diperoleh daripada pengalaman tersebut.

Skill (kemahiran-kemahiran) tersebut akan membantu menambah nilai semasa interview dan apabila panel penilai membaca resume kita.


Itu jer...