Khamis, 23 April 2015

Tingkah laku semasa temuduga

  • Usah gentar semasa masuk ke bilik temuduga. Buat seperti biasa dan beri ucap salam pagi atau tengahari atau petang. Ini penting bagi menghilangkan rasa gemuruh dan mewujudkan suasana mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak bergerak terlebih dahulu.
  • Duduk hanya apabila disuruh. Selepas anda diarahkan untuk berbuat demikian, ucapkan terima kasih dan duduk dengan postur yang baik dan badan yang tegak.
  • Elakkan daripada meletak barang-barang atau tangan atau siku anda pada meja penemuduga.
  • Biarkan kedudukan kerusi yang disediakan, usah alihkannya.
  • Pastikan kaki anda berada dalam keadaan statik. Jangan goyangkannya atau menggerakkannya ke sana sini.
  • Tunggu penemuduga memulakan sesi temuduga, jangan anda yang memulakan.
  • Bertenang dan jawab soalan-soalan yang diajukan tanpa gopoh-gapah. Jawab dengan jelas dan mudah didengar. Gunakan bahasa yang sopan ketika menjawab.
  • Bercakap sambil memandang ke wajah penemuduga. Jika lebih dari seorang, arahkan jawapan-jawapan anda kepada ketua panel.
  • Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel penemuduga sebagai tanda hormat.
  • Ketika mereka bercakap, jangan sesekali menyampuk dan bertengkar dengan mereka.
  • Jangan mengunyah apa-apa semasa sesi temuduga sedang berjalan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan