Selasa, 26 Mei 2015

4 cara kaji kerja agensi kerajaan

Untuk memulakan kerjaya di agensi kerajaan, anda boleh gunakan cara yang biasanya digunakan untuk mencari kerja lain. 4 cara kaji kerja agensi kerajaan ini boleh anda gunakan semasa mengumpulkan maklumat berkaitan dengan jawatan kosong agensi kerajaan.


1. Nama agensi kerajaan yang membuat tawaran.

Kita ambil contoh jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi atau Kewangan) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2. Kriteria, fungsi dan keperluan jawatan yang ditawarkan.

Senaraikan bagaimana jawatan tersebut beroperasi, keperluan untuk melaksanakan jawatan tersebut, kelayakan dan pengalaman yang diperlukan, kemahiran dan keperibadian yang diperlukan oleh jawatan tersebut.

3. Penentu dasar bagi jawatan tersebut.

Bakal majikan anda adalah penentu dasar yang bakal membuat keputusan bagi jawatan anda. Mereka adalah individu yang menjadi rujukan bagi kakitangan yang tertentu, bahagian sumber manusia atau organisasi tertentu.

4. Individu yang boleh memberi impak kepada peluang pekerjaan anda.

Mereka ini terlibat dalam bahagian yang membuat tapisan resume dan mengatur sesi temuduga.

Keempat-empat maklumat ini boleh anda cari menerusi agensi kerajaan yang menawarkan jawatan kosong tersebut. Selain itu ia boleh dirujuk kepada maklumat jawatan kosong yang ditawarkan.

Anda dicadangkan untuk ke laman -->Klik Di Sini<-- bagi menyusun strategi dan perancangan yang rapi bagaimana nak menembusi kerja di agensi kerajaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan