Isnin, 10 Ogos 2015

Soalan 'rare' temuduga. Erkkk

Sedikit perkongsian hari ini mengenai temuduga swasta.


Sebagaimana yang anda tahu temuduga swasta dan kerajaan adalah berbeza. Ada persamaan tetapi ada perbezaan ketara.

Swasta lebih mengutamakan ROI setiap pekerja yang  diambil. Kerana setiap pekerja adalah sumber duit kepada syarikat!

Salah satu soalan yang 'pelik' dan anda rasa macam 'perangkap'



"Apakah game yang mereka suka main?"

Ok sebelum itu, perkongsian  ini dikongsikan oleh pemilik Syarikat PTS, Puan Ainon.  Kita kongsikan untuk manfaat anda :)

  • Apakah relevannya pertanyaan itu?
  • Apa relevannya game dengan pekerjaan dalam syarikat korporat?

Ada pakar psikologi yang mengatakan individu yang suka bermain sukan berpasukan besar, macam bola, hoki, dan basket ball, dan yang sewaktu dengannya, adalah individu-individu yang suka bekerja secara  berpasukan besar.

Manakala individu yang suka  bermain sukan solo, macam tenis, golf, paragliding, racing, dan yang sewaktu dengannya adalah individu-individu yang suka bekerja secara solo.

Sesetengah pekerjaan dalam syarikat korporat dapat dilakukan secara solo. Kerja-kerja rutin programming, akaunting, auditing, kerja di call centre, dan  seumpamanya dapat dibuat secara solo.

Manakala majoriti pekerjaan dalam syarikat hanya dapat  dijalankan secara berpasukan.

Nampak perbezaannya? Soalan yang pelik dan secara kasarnya kita tak nampak keperluan soalan itu.

Tetapi apabila soalan itu dijawab ianya memberikan gambaran dan tafsiran besar mengenai kecenderungan anda!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan