Sememangnya bergelar jururawat bukan sekadar menuntut kesabaran tetapi menghadapi pelbagai ragam dan kerenah pesakit, di samping berperanan menangani kecemasan dalam semua keadaan. Hakikatnya tugas dan tanggungjawab yang digalas jauh besar sehingga kadangkala mendedahkan nyawa sendiri kepada bahaya.
Rabu, 28 Oktober 2015
Selasa, 13 Oktober 2015
Alternatif SPA
Tiap tahun ribuan yang gagal exam SPA. Bukan ribuan sebenarnya 'RATUS RIBUAN'
Yang bagusnya graduan tak berputus asa. Ada yang cuba sehingga 7 kali baru lepas dan menjawat jawatan kerajaan
"What you focus will expand"
Tak putus asa dan akhirnya sampai ke puncak.....untuk kerja kerajaan!
Tapi kan, kenapa hanya fokus untuk masuk kerjaya kerajaan melalui SPA saja?
Banyak lagi saluran lain selain SPA. Anda boleh semak dan muatturun 30 Saluran Alternatif untuk masuk kerjaya kerajaan di SINI
Harap boleh buka dan bermanfaat :)
Selasa, 6 Oktober 2015
Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah
Ianya sebuah ebook yang memberikan tip-tips dan panduan untuk menghadiri temuduga di jabatan kerajaan.
Walaupun ianya fokus kepada temuduga kerja kerajaan, namun tips-tips yang terdapat di dalam ebook tersebut juga sebenarnya sesuai untuk temuduga kerja di syarikat swasta.
RESUME
Salam sejahtera
ok, begini sebenarnya. Ayat.....tuan boleh rujuk resume saya, semuanya telah saya senaraikan di sana.
Ianya menjadi RACUN apabila anda mengeluarkan ayat ini secara terus apabila ditanya sesuatu yang anda yakin telah anda nyatakan di dalam resume anda.
Contohnya penemuduga bertanya soalan;
"Adakah saudara/i pernah hadir ke mana-mana kursus atau seminar berkaitan XxXxX?"
dan anda terus menjawab..
"Ya ada. Tuan boleh rujuk resume saya..."
Anda menjawab dengan penuh hemah, positif tetapi ianya memberikan impak yang negatif kerana anda memberikan ARAHAN secara tidak langsung kepada penemuduga
Juga secara tidak langsung anda 'memarahi' beliau kerana tidak membaca resume anda.
Ianya terpulang kepada persepsi penemuduga itu, tetapi alangkah baiknya jika kita cuba mengelakkan perkara negatif berlaku kan?
Ianya akan menjadi PEMANIS jika anda ubah sedikit ayat anda. Merujuk kepada soalan yang sama di atas tadi, anda jawab;
"Ya tuan/puan. Saya telah menghadiri..... pada.... Ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan...... Saya ada masukkan dalam resume saya berkaitan kursus ini dan beberapa kursus lain yang saya hadir untuk meningkatkan kemahiran saya..."
Ahah! Bukankah ianya lebih manis?
Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Isnin, 5 Oktober 2015
Soalan Sebenar Untuk Calon Separa Perubatan
Antara soalan yang ditanya oleh penemuduga pada hari tersebut;
- Kenapa nak jawat jawatan ini?
- Mekanisma percernaan makanan
- Soalan peribadi berkaitan keluarga
- Datang kerja, pesakit akan banyak ragam. Apa tindakbalas anda?
- Nama menteri kesihatan
... dan banyak lagi. Kesimpulannya akan ada soalan khusus berkaitan jawatan anda mohon. Kena studi sedikit perkara teknikal
Untuk rujukan penuh, anda perlukan bantaun persediaan temduga Separa
Perubatan
Dapatkan komponen khas ini di;
Separa Perubatan Jawatan dibekukan tahun ini
Saya rasa anda tahu yang tahun ini kerajaan membekukan ambilan kakitangan kerajaan.
Akhbar semalam melaporkan 200,000 graduan gagal dapat kerja tahun ini dan antaranya disumbang oleh pembekuan jawatan oleh kerajaan tahun ini.
Tetapi pembekuan ini tidak termasuk jawatan yang ditawarkan melalui 'Separa Perubatan U29'
Ini merupakan laluan untuk 'bypass' dan masuk ke Perkhidmatan Awam!
Tetapi bukan semua bertuah untuk diterima masuk melalui skim ini. Jika anda dipanggil ke temuduga, serius anda kena buat yang terbaik!
Mungkin ini peluang terakhir buat anda. Siapa tahu..
Jika dipanggil, ini rujukan yang anda perlukan untuk mengenepikan ribuan calon yang lain;
>> Klik Di Sini
Beri peluang untuk diri anda sendiri kerana ini adalah masa depan anda!
Jumaat, 2 Oktober 2015
Dah semak di SPA?
Jika anda perlukan rujukan untuk temuduga, Sila klik link di bawah
Ok, terus buat semakan keputusan ujian lalu melalui link ini;
Calon Semenanjung:
Calon Sabah:
Calon Sarawak:
Langgan:
Catatan (Atom)