Selasa, 6 Oktober 2015

RESUME




Salam sejahtera 

ok, begini sebenarnya. Ayat.....tuan boleh rujuk resume saya, semuanya telah saya senaraikan di sana.

Ianya menjadi RACUN apabila anda mengeluarkan ayat ini secara terus apabila ditanya sesuatu yang anda yakin telah anda nyatakan di dalam resume anda.


Contohnya penemuduga bertanya soalan;

"Adakah saudara/i pernah hadir ke mana-mana kursus atau seminar berkaitan XxXxX?"

dan anda terus menjawab..

"Ya ada. Tuan boleh rujuk resume saya..."

Anda menjawab dengan penuh hemah, positif tetapi ianya memberikan impak yang negatif kerana anda memberikan ARAHAN secara tidak langsung kepada penemuduga

Juga secara tidak langsung anda 'memarahi' beliau kerana tidak membaca resume anda. 

Ianya terpulang kepada persepsi penemuduga itu, tetapi alangkah baiknya jika kita cuba mengelakkan perkara negatif berlaku kan?

Ianya akan menjadi PEMANIS jika anda ubah sedikit ayat anda. Merujuk kepada soalan yang sama di atas tadi, anda jawab;

"Ya tuan/puan. Saya telah menghadiri..... pada.... Ianya banyak membantu saya dalam meningkatkan...... Saya ada masukkan dalam resume saya berkaitan kursus ini dan beberapa kursus lain yang saya hadir untuk meningkatkan kemahiran saya..."

Ahah! Bukankah ianya lebih manis?

Harap sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk anda. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan