Sabtu, 5 Disember 2015

Perkara Yang Perlu Tahu Memohon Kerjaya Swasta



Bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni. Walaupun anda berkelulusan tinggi sekalipun tapi saluran anda salah, kemungkinan anda gagal mendapatkan kerja. Tambahan pula kerajaan dah kurangkan pengambilan pekerja, graduan pula semakin ramai dan bertambah. Kemungkinan nak dapatkan kerja pun sukar.

Tambahan pula kita dikejutkan dengan berita kerajaan membekukan pengambilan pegawai awam yang baru diikuti dengan amaran pemecatan pegawai awam. Ini semua langkah RASIONALISASI Perkhidmatan Awam.

Tumpuan kini beralih kepada kerja swasta memandangkan peluang untuk mendapatkan kerja kerajaan semakin sukar. Tak mustahil semakin ramai yang beralih arah ke sektor swasta untuk bekerja.

Perkara Anda Perlu Tahu Untuk Memohon Kerja Swasta
  • Anda mesti tahu bagaimana cara tepat memilih kerjaya
  • Anda mesti tahu juga bagaimana memilih majikan
  • Anda mesti tahu lubuk-lubuk rahsia untuk cari kerja
  • Anda kena tahu bagaimana menyediakan resume tepat untuk swasta
  • Bagaimana untuk sukses temuduga swasta
  • Bagaimana untuk buat majikan suka anda
  • Bagaimana untuk paksa majikan naikkan gaji.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan