Nak sukses dalam kerjaya?
CIPTA blok masa lapang anda dan mula 'berjasa' pada diri sendiri. Sebenarnya pada waktu lapang sebegini adalah waktu paling sesuai anda luangkan masa 'perbaiki resume' anda Betul.
Tanpa gangguan Ini apa yang anda perlu lakukan;
- Dapatkan iklan kerja kosong melalui Portal Kerja Kosong
- Fahami skop kerja jawatan yang diiklankan
- Cari laman web syarikat atau organisasi tersebut
- Studi sedikit sebanyak latarbelakang syarikat dan core activity syarikat tersebut
- Mula 'craft' resume anda
- Masukkan 'career objective' yang SPESIFIK kepada jawatan tersebut
- Buang komponen yang tak ada kaitan dengan jawatan tersebut. Contohnya subjek universiti yang di luar skop jawatan
- Masukkan komponen yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan itu
- Maksimum 2 PAGE sahaja
- Bagaimana anda boleh membantu syarikat dalam meningkatkan SESUATU Maklumat ini anda boleh dapat dari laman web syarikat yang anda pohon itu (step diatas)
Cuba buat carian di internet mengenai aktiviti terkini syarikat tersebut dan masukkan komponen tersebut dalam surat iringan anda Cari di akhbar online (BH,STAR, NST etc) Juga di Facebook syarikat jika ada
Apa sebenarnya yang anda lakukan dari perkongsian hari ini
- Resume anda spesifik untuk syarikat tersebut sahaja
- Resume anda spesifik untuk jawatan yang ditawarkan sahaja
- Cover letter anda menunjukkan anda ada kualiti untuk menyumbang kepada perkembangan syarikat
- Cover letter anda menunjukkan anda obses dan peka dengan aktiviti syarikat
Cuba lah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan