Isnin, 23 Februari 2015

Transkrip Penemuduga Didedahkan!

Minggu ini banyak sesi temuduga dijalankan. Tak kira jawatan swasta mahupun kerajaan



Mungkin anda tidak tahu, bukan hanya anda yang bersedia sebelum temuduga, tetapi PENEMUDUGA juga ada persediaannya

Mereka ada checklist, senarai penilaian dan sebaginya

Jom tengok, bagaimana persediaan PENEMUDUGA, jadi anda dapat sedikit idea di 'sebalik tabir'

Tidak kira apa sahaja sesi temuduga sama ada kerja kerajaan mahupun kerjaya swasta, komponen ini wajib ada pada penemuduga.

Contoh Bagaimana Soalan Dibina oleh PENEMUDUGA

Kita ambil contoh apabila penemuduga mahu menilai kompetensi ‘Bekerja Berkumpulan’. Calon biasanya akan ditanya dalam 4 asas yang dimaklumkan sebelum ini
  • Situasi
  1. Pernah awak memberikan sumbangan dalam aktiviti berkumpulan awak? Bila ianya berlaku?
  2. Ceritakan secara detail
  • Tugasan
  1. Apa objektif yang mahu dicapai oleh pasukan awak?
  • Tindakan
  1. Apakah impak yang awak bawa pada kumpulan/pasukan awak?
  2. Ceritakan dengan lebih lanjut apa sumbangan awak pada pasukan itu
  • Hasil
  1. Bagaimana dan apakah yang dilakukan oleh pasukan anda untuk mencapai objektif yang ditetapkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan