Untuk yang mengikuti perkembangan kerjaya kerajaan pasti tahu yang gaji permulaan untuk penjawat awam akan dinaikkan
Ianya melibatkan 33 skim perkhidmatan termasuk pensyarah universiti, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Penyelidik, Akauntan, Pegawai Tadbir Diplomatik dan lain-lain
Dalam kata lain, kerjaya kerajaan masih akan menjadi kerjaya 'premium' dan rebutan graduan
Kerjaya ini sukar, memang sukar!
Tidak adil jika saya katakan yang ianya mudah, sedangkan ramai yang gagal menjawat jawatan kerajaan ini
Sistem pengambilan yang dilakukan masih sama iaitu melalui UJIAN BERTULIS sebelum sesi 'assessment' dan dipanggil temuduga
Untuk graduan yang masih belum dapat jawatan kerajaan anda, semak;
1 - skrol anda. Adakah ianya diiktiraf?
2 - isi borang SPA8i
3 - sentiasa kemaskini maklumat di SPA
Dalam masa yang sama buat persediaan terbaik anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan