Jumaat, 27 Februari 2015

Tipu, kerajaan negeri boleh ke?

Sedikit perkongsian



Soalannya;
Benarkah kerajaan negeri/agensi boleh membuat pengambilan pekerja tanpa melalui borang SPA8i?"

Jawapan

Borang SPA8i adalah daripada SPA Pusat untuk jawatan-jawatan persekutuan dan jawatan yang tertakluk di bawah akta persekutuan

  • Untuk negeri, semua jawatan yang berada di bawah bidang kuasa 'Kerajaan Negeri' seperti tanah, perhutanan, pertanian, pengurusan air dan lain-lain adalah di bawah lantikan negeri

  • Walaubagaimanapun, ada jawatan lantikan ini diselaraskan dengan bantuan SPA Pusat melalui saluran SPA Negeri

Ringkasnya dalam pengurusan negara terdapat 3 senarai dalam pengagihan kuasa;
  1. Senarai Persekutuan
  2. Senarai Negeri
  3. Senarai Bersama

(Rujuk Jadual Kesembilan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia)


Kesimpulannya, melalui kerajaan negeri di bawah perbadanan/agensi ada peluang pekerjaan untuk anda tanpa melalui SPA.

Paling penting, anda diiktiraf sebagai kakitangan kerajaan dengan pelbagai manfaat kakitangan kerajaan




'SERANG' agensi kerajaan negeri anda!


p/s Senarai 170++ agensi kerajaan seluruh negara boleh dimuatturun di;


Selasa, 24 Februari 2015

4 Perkara wajib graduan

Nak sukses dalam kerjaya? 

CIPTA blok masa lapang anda dan mula 'berjasa' pada diri sendiri. Sebenarnya pada waktu lapang sebegini adalah waktu paling sesuai anda luangkan masa 'perbaiki resume' anda Betul. 

Tanpa gangguan Ini apa yang anda perlu lakukan; 
  1. Dapatkan iklan kerja kosong melalui Portal Kerja Kosong
  2. Fahami skop kerja jawatan yang diiklankan
  3. Cari laman web syarikat atau organisasi tersebut
  4. Studi sedikit sebanyak latarbelakang syarikat dan core activity syarikat tersebut 
  5. Mula 'craft' resume anda
Ini komponen yang bakal menjadikan resume anda 'stand out' dari resume pemohon lain
  • Masukkan 'career objective' yang SPESIFIK kepada jawatan tersebut
  • Buang komponen yang tak ada kaitan dengan jawatan tersebut. Contohnya subjek universiti yang di luar skop jawatan
  • Masukkan komponen yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan itu
  • Maksimum 2 PAGE sahaja 
SERTAKAN surat iringan (cover letter) bersama resume anda. Apa yang perlu anda tambah cover letter yang biasa anda buat adalah; 
  • Bagaimana anda boleh membantu syarikat dalam meningkatkan SESUATU Maklumat ini anda boleh dapat dari laman web syarikat yang anda pohon itu (step diatas) 
TIPS Extra
Cuba buat carian di internet mengenai aktiviti terkini syarikat tersebut dan masukkan komponen tersebut dalam surat iringan anda Cari di akhbar online (BH,STAR, NST etc) Juga di Facebook syarikat jika ada 

Apa sebenarnya yang anda lakukan dari perkongsian hari ini 
  1. Resume anda spesifik untuk syarikat tersebut sahaja
  2. Resume anda spesifik untuk jawatan yang ditawarkan sahaja
  3. Cover letter anda menunjukkan anda ada kualiti untuk menyumbang kepada perkembangan syarikat 
  4. Cover letter anda menunjukkan anda obses dan peka dengan aktiviti syarikat 

Selepas selesai UPGRADE 4 perkara ini baru anda boleh hantar untuk mohon kerja pada syarikat tersebut 

Cuba lah! 


Isnin, 23 Februari 2015

Transkrip Penemuduga Didedahkan!

Minggu ini banyak sesi temuduga dijalankan. Tak kira jawatan swasta mahupun kerajaan



Mungkin anda tidak tahu, bukan hanya anda yang bersedia sebelum temuduga, tetapi PENEMUDUGA juga ada persediaannya

Mereka ada checklist, senarai penilaian dan sebaginya

Jom tengok, bagaimana persediaan PENEMUDUGA, jadi anda dapat sedikit idea di 'sebalik tabir'

Tidak kira apa sahaja sesi temuduga sama ada kerja kerajaan mahupun kerjaya swasta, komponen ini wajib ada pada penemuduga.

Contoh Bagaimana Soalan Dibina oleh PENEMUDUGA

Kita ambil contoh apabila penemuduga mahu menilai kompetensi ‘Bekerja Berkumpulan’. Calon biasanya akan ditanya dalam 4 asas yang dimaklumkan sebelum ini
  • Situasi
  1. Pernah awak memberikan sumbangan dalam aktiviti berkumpulan awak? Bila ianya berlaku?
  2. Ceritakan secara detail
  • Tugasan
  1. Apa objektif yang mahu dicapai oleh pasukan awak?
  • Tindakan
  1. Apakah impak yang awak bawa pada kumpulan/pasukan awak?
  2. Ceritakan dengan lebih lanjut apa sumbangan awak pada pasukan itu
  • Hasil
  1. Bagaimana dan apakah yang dilakukan oleh pasukan anda untuk mencapai objektif yang ditetapkan

Jumaat, 20 Februari 2015

Kerjaya Kerajaan, sudah sedia?

Untuk yang mengikuti perkembangan kerjaya kerajaan pasti tahu yang gaji permulaan untuk penjawat awam akan dinaikkan


Ianya melibatkan 33 skim perkhidmatan termasuk pensyarah universiti, Pegawai Teknologi Maklumat, Pegawai Penyelidik, Akauntan, Pegawai Tadbir Diplomatik dan lain-lain

Dalam kata lain, kerjaya kerajaan masih akan menjadi kerjaya 'premium' dan rebutan graduan

Kerjaya ini sukar, memang sukar!

Tidak adil jika saya katakan yang ianya mudah, sedangkan ramai yang gagal menjawat jawatan kerajaan ini

Sistem pengambilan yang dilakukan masih sama iaitu melalui UJIAN BERTULIS sebelum sesi 'assessment' dan dipanggil temuduga

Untuk graduan yang masih belum dapat jawatan kerajaan anda, semak;

1 - skrol anda. Adakah ianya diiktiraf?
2 - isi borang SPA8i
3 - sentiasa kemaskini maklumat di SPA


Dalam masa yang sama buat persediaan terbaik anda.